jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Jumaat, 29 April 2011

Banjir Kilat Sekitar Dun Bukit Tengah











Jumaat,29 April 2011,Beberapa kampung di kawasan JKKK JALAN PENGKALAN telah dilanda banjir kilat.Hujan lebat yang mencurah-curah sejak jam 4pagi (29hbApril2011) mengakibatkan longkang,parit serta sungai tidak dapat menampung arus air yang banyak .
Menurut En.Loganathan Ahli JKKK Kampong Dock,banjir kilat kali ini merupakan yang paling teruk dalam sejarah pada tahun ini.Antara kawasan yang di landa banjir kilat kali ini ialah Kampong Tok Panjang,  Kampong Permatang Batu,Kampong Dock,Jalan Pengkalan dan Kampong Bersatu. 
Banjir ini turut dirasai sekitar kawasan DUN Bukit Tengah dan Seluruh kawasan Bukit Mertajam.keadaan trafik juga tidak terkawal.

Air banjir mulai surut sejak jam 5petang tadi.

BANTUAN
Pengerusi En.Ahmad Husin serta beberapa orang Ahli JKKK bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir dari pagi jam 4pagi hingga 6petang.Turut membantu Pegawai Daerah serta penghulu Fuad.
Sebanyak 150 bungkus nasi di salurkan secara peribadi oleh YB Ong Chin Wen Kepada mangsa banjir.

Mesyuarat kali ke 2 ( April 2011 )


Tarikh   : 28hb APRIL 2011
Tempat : Dewan Taman Bayu Mutiara,
                Bukit Tengah
Masa     : 9.00 Malam 

SERAMAI 14 AHLI JKKK HADIR

YANG TSHIRT BIRU TU..EN.HALIM

YANG LAMA KENA TUNJUK AJAR KEPADA YANG BARU

MESYUARAT DI PENGERUSIKAN OLEH EN.AHMAD HUSIN

SETIAUSAHA PN.SHAFIQAH SEDANG MENCATAT MINIT

AHLI MEMBERI TUMPUAN 

SEMPAT LAGI JAWAB SMS

YB ONG CHIN WEN


Mesyuarat JKKK Kali ke 2 bagi tahun 2011 telah berlangsung pada 28/04/2011 iaitu khamis pada jam 9 malam. Keistimewaan mesyuarat JKKK Kali ini ialah kehadiran YB Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) merangkap Penaung kepada seluruh JKKK DUN Bukit Tengah.Turut hadir semua jawatankuasa (Ahli) termasuk Pengerusi Encik Ahmad Husin,Setiausaha Puan Shafiqah shobha dan Bendahari Encik Said Hj Ismail. 

                       AGENDA         

1.       Ucapan & Laporan Pengerusi     
2.       Ucapan YB Ong Chin Wen     
3.       Perlantikan 2 Orang Ahli Jawatankuasa Baru     
4.       Laporan Setiausaha/Bentang minit mesyuarat yg lalu     
5.       Laporan Bendahari/Bentang Penyata Kewangan berakhir 
          27 April 2011   
6.       Pembukaan Akaun Bank (Maybank Autocity)     
7.       Pasar Malam Jalan Pengkalan/Taman Pelangi     
8.       laporan Ahli Mengikut Kawasan     
9.       Program di masa akan datang   
10.      Lain-lain Hal   
11.      Pesanan Pengerusi   
12.      Bersurai                     

PIHAK PENGURUSAN JKKK JALAN PENGKALAN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YB ONG CHIN WEN KERANA SUDI HADIR KE MESYUARAT KAMI,TIDAK LUPA KEPADA SEMUA AHLI YANG HADIR PADA MALAM TERSEBUT.SEMOGA APA YANG DI BINCANGKAN DAPAT DI LAKSANAKAN DENGAN JAYANYA..


MESYUARAT DI TANGUHKAN PADA JAM 11.20 MALAM

Ahad, 3 April 2011

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG KAMPUNG DOCK


Tarikh   : 03 APRIL 2011  
Masa    : 8.30 PAGI
Tempat : KAMPUNG DOCK,BUKIT TENGAH


Program Gotong Royong Kampung Dock,Bukit Tengah diadakan pada hari Ahad 03 April 2011. Program ini di anjurkan oleh JKKK Jalan Pengkalan dan dipengerusikan oleh Encik Ahmad B. Husin  dan dibantu oleh Setiausaha serta ahli jawatankuasa yang telah dilantik 
bagi menguruskan program ini.Segala peralatan telah disediakan oleh pihak MAJLIS PEBANDARAN PULAU PINANG (MPSP)


Seramai 250 orang terdiri daripada Pejabat Daerah,Pusat Khidmat DUN Bkt.Tengah ,YB ONG CHIN WEN,Ahli Majlis Encik Peter Lim, Pejabat Kesihatan Daerah,Ahli BOMBA,Kakitangan MPSP serta penduduk kampung berbilang bangsa hadir menyertai gotong royong ini. Kehadiran YB ONG CHIN WEN ADUN Kawasan Bukit Tengah memeriahkan lagi program. 

Kerja-kerja gotong royong berpusat berhadapan Kuil Hindu Kampung Dock.Encik Loganathan selaku ketua program adalah orang yang bertangungjawab membahagikan kumpulan dan tugas untuk memulakan kerja-kerja gotong royong.Kawasan yang di beri Perhatian utama adalah sistem perparitan dan longkang.Sebelum bermula orang ramai di beri sarapan Roti dan air mineral.


Turut di adakan Pendaftaran Warga Emas,Orang Kurang Upaya (OKU) dan Ibu Tunggal.

Jam 12.00 Tengahari gotong royong tamat dan semua orang di beri makan tengahari.Selepas makan Majlis cabutan bertuah dijalankan.Sebelum majlis diteruskan Pn Shafiqah shoba selaku Pengerusi majlis memberi penghormatan kepada Encik Ahmad B. Husin(Pengerusi JKKK Jalan Pengkalan),YB Ong Chin Wen (ADUN Bkt.Tengah) Encik Peter Lim(Ahli Majlis MPSP) untuk memberi ucapan.Selepas ucapan hadiah-hadiah cabutan bertuah di beri kepada pemenang yang telah di sampaikan oleh Yb Ong Chin Wen,En.Peter Lim dan En.Ahmad B. Husin.

Sambutan program gotong royong ini amatlah membanggakan dan mengalakkan.Diharap ramai lagi penyertaan dari orang ramai di masa yang akan datang.Pada hari ini Penghulu Fuad dari Pejabat Daerah telah datang memantau aktiviti gotong royong yang dijalankan.

Pihak JKKK Jalan Pengkalan merakamkan berbanyak – banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong royong Kampung Dock.