jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Ahad, 3 April 2011

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG KAMPUNG DOCK


Tarikh   : 03 APRIL 2011  
Masa    : 8.30 PAGI
Tempat : KAMPUNG DOCK,BUKIT TENGAH


Program Gotong Royong Kampung Dock,Bukit Tengah diadakan pada hari Ahad 03 April 2011. Program ini di anjurkan oleh JKKK Jalan Pengkalan dan dipengerusikan oleh Encik Ahmad B. Husin  dan dibantu oleh Setiausaha serta ahli jawatankuasa yang telah dilantik 
bagi menguruskan program ini.Segala peralatan telah disediakan oleh pihak MAJLIS PEBANDARAN PULAU PINANG (MPSP)


Seramai 250 orang terdiri daripada Pejabat Daerah,Pusat Khidmat DUN Bkt.Tengah ,YB ONG CHIN WEN,Ahli Majlis Encik Peter Lim, Pejabat Kesihatan Daerah,Ahli BOMBA,Kakitangan MPSP serta penduduk kampung berbilang bangsa hadir menyertai gotong royong ini. Kehadiran YB ONG CHIN WEN ADUN Kawasan Bukit Tengah memeriahkan lagi program. 

Kerja-kerja gotong royong berpusat berhadapan Kuil Hindu Kampung Dock.Encik Loganathan selaku ketua program adalah orang yang bertangungjawab membahagikan kumpulan dan tugas untuk memulakan kerja-kerja gotong royong.Kawasan yang di beri Perhatian utama adalah sistem perparitan dan longkang.Sebelum bermula orang ramai di beri sarapan Roti dan air mineral.


Turut di adakan Pendaftaran Warga Emas,Orang Kurang Upaya (OKU) dan Ibu Tunggal.

Jam 12.00 Tengahari gotong royong tamat dan semua orang di beri makan tengahari.Selepas makan Majlis cabutan bertuah dijalankan.Sebelum majlis diteruskan Pn Shafiqah shoba selaku Pengerusi majlis memberi penghormatan kepada Encik Ahmad B. Husin(Pengerusi JKKK Jalan Pengkalan),YB Ong Chin Wen (ADUN Bkt.Tengah) Encik Peter Lim(Ahli Majlis MPSP) untuk memberi ucapan.Selepas ucapan hadiah-hadiah cabutan bertuah di beri kepada pemenang yang telah di sampaikan oleh Yb Ong Chin Wen,En.Peter Lim dan En.Ahmad B. Husin.

Sambutan program gotong royong ini amatlah membanggakan dan mengalakkan.Diharap ramai lagi penyertaan dari orang ramai di masa yang akan datang.Pada hari ini Penghulu Fuad dari Pejabat Daerah telah datang memantau aktiviti gotong royong yang dijalankan.

Pihak JKKK Jalan Pengkalan merakamkan berbanyak – banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong royong Kampung Dock.