jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Khamis, 30 Jun 2011

LAPORAN BERGAMBAR

KERJA-KERJA MENURAP JALAN BERLUBANG DI KAMPUNG BUKIT TOK PANJANG










KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SISA SAMPAH DI SEPANJANG MINI TAR KAMPUNG TOK PANJANG DENGAN BANTUAN MPSP






Khamis, 23 Jun 2011

Perhimpunan Bersih bersyarat

 SHAH ALAM – Perhimpunan aman membantah ketidakadilan dalam politik negara tidak bercanggah dengan lunas Islam, dengan syarat, ia dijalankan secara aman, tidak diprovokasi untuk mencetuskan kekacauan. 

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sesuatu tindakan dalam uru-san kehidupan khususnya golongan Islam diukur berdasarkan tujuan dan cara. 

“Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik, itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. 

“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Beliau mendapati, tujuan himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 yang menuntut hak sepatutnya diperoleh rakyat sebagaimana dijanjikan perlembagaan tidak bercanggah dengan nilai Islam. 

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. 

“Saya tidak mempertikaikan Bersih di sudut objektifnya. Cuma bimbang, terdapat parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya. 

Beliau berkata, dalam konteks politik semalam, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik dan terbukti berkesan di kebanyakan negara. 

“Bagaimanapun, sekiranya demonstrasi itu terdedah kepada bahaya, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. 

“Saya difahamkan, perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dilaksanakan, jadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah menunaikan tuntutan itu untuk mengelak rakyat memilih jalan yang memberi kerosakan kepada negara,” katanya.

Rabu, 22 Jun 2011

Memupuk Harapan Negara

22 JUN 2011,JKKK Jalan Pengkalan hari ini memberi sumbangan sebiji bola sepak kepada Pemuda dan Remaja Kampung Tok Panjang.

Pengerusinya, Encik Ahmad Husin berkata, sumbangan tersebut bagi menghargai peranan remaja dan pemuda yang selama ini membantu serta menyokong  JKKK Jalan Pengkalan menjalankan tugas.

“Sumbangan bola sepak ini diharap dapat memberi semangat kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seterusnya menjaga nama baik kampung Tok Panjang,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Setiausaha JKKK Jalan Pengkalan Pn.Shafiqah Shobha berkata, beliau bangga dengan Pemuda dan Remaja kampung Tok Panjang yang sentiasa menyokong setiap program yang di anjurkan oleh pihak JKKK.

Justeru itu, katanya, beliau berharap Pemuda dan Remaja dapat bergaul secara sihat seterusnya mendapat pengalaman yang berguna sepanjang hidup mereka sekali gus menyumbang kepada masyarakat setempat.

Selain itu, katanya, beliau mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada badan korporat yang sudi membantu bagi memastikan Program yang berterusan kepada Pemuda dan Remaja sekitar Bukit Tengah khususnya agar mereka tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah di masa-masa akan datang.




Sabtu, 18 Jun 2011

Turun Padang Hulur Bantuan

Sifat prihatin, bekerjasama tangani musibah mengeratkan ikatan silaturahim antara manusia.
KESUKARAN dan KESUSAHAN dilalui manusia sudah lama berlaku. Kesempitan hidup dan tekanan kewangan bukan saja memberi kesan kepada ekonomi, tetapi sosial, budaya dan taraf hidup masyarakat di dunia ini.

Oleh itu JKKK Jalan Pengkalan mewakili YB Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) turun ke kampung Jawa  menyumbangkan RM1,000 kepada sdr. Marzuki yang patah kedua-dua belah kakinya akibat kemalangan di tempat kerja baru-baru ini.

Sdr.Marzuki amat bersyukur dan berterima kasih kepada YB Ong Chin Wen serta JKKK Jalan Pengkalan kerana bersusah payah mengambil berat akan keadaan beliau yang sangat-sangat
memerlukan bantuan ketika ini.JKKK Jalan Pengkalan berharap sumbangan yang diberikan dapat di gunakan sebaik mungkin oleh beliau.

Kesediaan untuk saling membantu sesama insan tanpa mengira pegangan Agama dan Bangsa adalah amalan mulia yang di tuntut oleh setiap umat manusia di dunia ini.

Jesteru itu marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.





Turut serta Setiausaha & AJK

Pengerusi En.Ahmad Hussin dua dari kanan menyampaikan cek kepada sdr.Marzuki

Isnin, 13 Jun 2011

Kursus Jentera Pilihanraya

Tarikh     :  11-12 Jun 2011
 Hari       : Sabtu & Ahad
Tempat   : Merdeka Beach Resort













Jumaat, 10 Jun 2011

Ahli Jkkk Jalan Pengkalan Terima Watikah

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA JKKK JALAN PENGKALAN DI SAMPAIKAN OLEH PENGERUSI JKKK EN.AHMAD HUSSIN  PADA 06 JUN, 2011 (ISNIN) JAM 09.00 MALAM, BERTEMPAT DI DEWAN TAMAN PELANGI S.P.TENGAH.





Mesyuarat kali ke 3 06hb jun 2011

Mesyuarat JKKK kali ke 3 telah diadakan pada 06hb Jun 2011 (Isnin). Antara lain dalam mesyuarat tersebut telah dibincangkan beberapa perkara menarik untuk penduduk seluruh kawasan JKKK Jalan Pengkalan. Pihak JKKK Jalan Pengkalan juga akan mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung dalam masa yang terdekat ini bagi sama-sama menjayakan program yang dirancang dengan penuh kerjasama.







Sabtu, 4 Jun 2011

Kerja-Kerja Pembersihan Dan Mendalamkan Parit

Bukit Tengah,04 Jun 2011--Masyarakat India di Kampung Tok Panjang hari ini menarik nafas lega,apabila rintihan dan masaalah mereka di tunaikan oleh JKKK Jalan Pengkalan.
Kerja-kerja pembersihan dan mendalamkan parit di lakukan pada hari ini dengan bantuan yang di hulurkan oleh Yb Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) 
Dalam masa yang sama jalan kampung tersebut juga di turap dengan batu kecil.
Menurut En.Muthukkumar (Ahli Jkkk),Semua Penduduk disini bersyukur dan berterima kasih kepada Yb Ong Chin Wen serta JKKK Jalan Pengkalan kerana mendengar rintihan penduduk disini sejak sekian lama.
Pengerusi JKKK Jalan Pengkalan En.Ahmad Hussin berkata beliau telah memaklumkan perkara dan permasaalahan tersebut kepada YB seminggu yang lalu.Tanpa banyak masaalah YB mengarahkan saya terus membantu masyarakat india di sini.
Setiausaha JKKK Jalan Pengkalan Pn.Shafiqah Shobha mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat serta mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan yang dapat di hulurkan kepada seluruh masyarakat yang memerlukan di DUN Bukit Tengah Khasnya.


Cermat dan bersih driver ni...

Pengerusi En.Ahmad Hussin sedang memerhatikan kerja mendalamkan parit

Pn.Shafiqah & En.Muthukkumar 

Penduduk2 yang keluar melihat

Jentera sedang mendalamkan parit

Harap2 banjir kilat dapat di elakkan selepas ini