jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Isnin, 25 Julai 2011

BAZAR RAMADHAN TAMAN PELANGI 2011 - ANJURAN JKKK JALAN PENGKALAN




Dimaklumkan bahawa JKKK Jalan Pengkalan akan menganjurkan Bazar Ramadhan di hadapan Block "S" Taman Pelangi Perai.
Pihak JKKK menyediakan tapak untuk di sewa kepada peniaga-peniaga yang ingin menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan.
Sehubungan itu,Sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan En. Ahmad Hussin di talian 017-4071005 atau En.Ismail Hussin 017-4861095 
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-
  • warganegara Malaysia
  • berumur lapan belas (18) tahun ke atas
  • beragama Islam
Kerjasama semua pihak sangat di alu-alukan bagi mewar-warkan kenyataan ini untuk makluman orang ramai.
Sekian, terima kasih.

Khamis, 14 Julai 2011

Bantuan Kewangan Miskin Tegar

Diwujudkan bagi memastikan Negeri Pulau Pinang sentiasa berada dalam status miskin tegar 
sifar
PELAKSANAAN
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang 

  • adalah RM 300 bagi 

  • ketua isi rumah (KIR) yang tiada tanggungan, RM500 bagi setiap keluarga dan RM100 per 

  • kapita

  • Bantuan kewangan yang diberikan adalah untuk memastikan keluarga miskin tegar yang layak 

  • tanpa mengira 

  • latar 

  • belakang beroleh pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM500. Sebagai contoh, sebuah 

  • keluarga A yang 

  • berpendapatan RM300 sebulan akan diberi bantuan kewangan RM200 sebulan daripada 

  • Kerajaan Negeri supaya 

  • pendapatan keluarga tersebut sekurang-kurangnya RM500 sebulan

  • Pelaksanaan program melibatkan semua Jabatan dan Agensi Negeri secara bersepadu

  • Perakuan dan pemantauan dibuat melalui Jawatankuasa yang diselaraskan oleh Unit 

  • Perancang Ekonomi Negeri 

  • di peringkat negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah peringkat daerah

Program Penghargaan Warga Emas

Diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.
SYARAT KELAYAKAN
Berusia 60 tahun dan ke atas;Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; dan Berdaftar dengan Kerajaan Negeri dalam tempoh 1 Mei 2009 sehingga 8 Mac 2010.
KAEDAH PELAKSAAN
Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100
Warga emas yang telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 8 Mac 2010.
Pemberian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM1,000 Kepada Keluarga Warga Emas Berdaftar Yang Meninggal Dunia Sekiranya warga emas yang berdaftar dan memenuhi kriteria kelayakan meninggal dunia (selepas 8 Mac 2010), sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada keluarga anggota yang mengurus dan membiayai kos pengebumian warga emas berkenaan.
MEKANISMA PENGUMPULAN DATA DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS NEGERI PULAU PINANG
PERINGKAT 1
Pendaftaran Warga Emas melalui pengisian borang.

PERINGKAT 2
Semakan dan pengesahan maklumat oleh Pusat Khidmat ADUN dan Pejabat Daerah dan Tanah (termasuk semakan dengan rekod Daftar Pengundi di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya.
Memasukkan maklumat ke dalam sistem pangkalan data berkomputer

PERINGKAT 3
Pejabat Y.B Exco dan UPEN memantau maklumat / data dalam sistem komputer.

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi tidak layak memohon.
Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman
pertama.
Permohonan adalah secara online.
Dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN BENAR hendaklah dikemukakan setelah berjaya mendapat tawaran Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang :
  1.  Salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak/Sijil Kelahiran
  2.  Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi
  3.  Salinan Sijil Berhenti Sekolah, dan Surat Akaun (Testimonia)
  4.  Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
  5.  Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
  6.  Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
  7.  Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
  8.  Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
  9.  Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). (salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan)
Jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus:
 Ijazah SainsRM 5,000 setahun
 Ijazah SasteraRM 4,000 setahun
 Diploma Lanjutan SainsRM 5,000 setahun
 Diploma Lanjutan SasteraRM 4,000 setahun
 DiplomaRM 3,000 setahun
 SijilRM 2,000 setahun
Pinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:
  Kadar (Setahun)Jangkamasa (Maksimum)
 Ijazah (Sains)RM 4,5005 tahun
 Ijazah (Sastera)RM 3,5004 tahun
 DiplomaRM 2,0003 tahun
Pinjaman kepada pengajian peringkat Sarjana dan PhD (pengajian dalam negeri sahaja):
  Kadar (Setahun)Jangkamasa (Maksimum)
 SarjanaRM 5,0003 tahun
 PHDRM 5,0003 tahun
Faedah yang dikenakan 2% selama 5 tahun
Dua(2) Orang Penjamin Bergaji RM1,000 ke atas diperlukan apabila Surat Perjanjian ditandatangani.
Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut :
Tarikh Buka Permohonan: 2 Mei, setiap tahun.
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai, setiap tahun
Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam Tempoh 3 Hari selepas Pendaftaran. Kemaskini Borang adalah 3 Hari dari Tarikh Pendaftaran dibuat.
 LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT 
NEGERI PULAU PINANG, 
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG

Jumaat, 8 Julai 2011

91 individu dilarang masuk Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - Penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, perintah itu diperolehi daripada Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah iaitu 66 daripada Bersih, 14 daripada Perkasa dan 11 daripada Himpunan Patriot.

Amar Singh berkata, perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan daripada perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia.

“Jika engkar mereka boleh ditangkap mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan,” katanyapada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, perintah mahkamah yang diperoleh polis semalam turut memperuntukkan tindakan menahan serta merta mereka yang disenaraikan itu jika berada di kawasan larangan tersebut pada hari berkenaan.

Menurutnya, polis menerima maklumat hasil siasatan dan risikan dilakukan terdapat beberapa kumpulan akan berkumpul di sekitar ibu kota.

“Kesemua 91 orang ini tidak dibenarkan memasuki dan berada di lokasi-lokasi tertentu di ibu negara dari jam 8 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Menurutnya, polis akan mengedarkan perintah larangan tersebut melalui penghantaran terus berdasarkan alamat individu serta melalui akhbar tempatan.

Katanya, beliau menyeru supaya orang ramai tidak berada di beberapa lokasi di sekitar ibu negara pada Sabtu ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Dalam perkembangan berasingan, Amar Singh berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan dalang yang terlibat meletakkan bungkusan mengandungi senjata berbahaya, kemeja T Bersih, bahan letupan ‘molotov koktail’, mercun bola dan topeng muka dipercayai berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut di tiga lokasi di ibu kota awal pagi Isnin lalu. 


Ahad, 3 Julai 2011

Parti Thaksin menang besar pilihan raya Thai

YINGLUCK SHINAWATRA mengangkat tangan ke arah para penyokongnya di ibu pejabat parti Puea Thai di Bangkok semalam.


BANGKOK - Parti pembangkang Thailand, Puea Thai yang mencalonkan adik Thaksin Shinawatra, Yingluck Shinawatra sebagai bakal perdana menteri wanita pertama menang besar dalam pilihan raya umum negara itu semalam.
Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam.
Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen.
Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi.
Yingluck yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memperoleh status sebagai bintang rock berjaya menawan hati berjuta-juta pekerja dalam undi tersebut.
Wanita itu dianggap sebagai satu-satunya pemimpin yang akan membantu masalah penduduk miskin di negara tersebut.
"Yingluck telah membantu kita dan kini parti Puea Thai boleh menyelesaikan masalah kami dan mereka (ahli-ahli parlimen parti itu) akan menyelesaikan kemelut negara ini," kata seorang kakitangan kerajaan, Saiksa Chankerd.
"Orang ramai mahukan perubahan dan mereka memperolehnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekuriti Asia Plus di Bangkok.
Kemenangan parti itu mungkin dapat menstabilkan semula Thailand selepas enam tahun negara ini dilanda ketegangan termasuk keganasan sehingga para penunjuk perasaan menawan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok. 

Blogger jadi senjata politik


Proksi pihak tertentu atau pandangan peribadi rakyat dalam isu politik Malaysia?


Era pascamodenisme merupakan era lambakan maklumat dan pelbagai informasi. Jika sebelum ini ilmu atau sebarang maklumat hanya boleh diperoleh melalui sumber yang terhad, tetapi hari ini, segalanya berada di hujung jari.

Antara medium yang menawarkan maklumat ialah blog yang antara tujuannya supaya ia dilawati dan pelawat dapat menikmati karya serta idea blogger selain ia menjana pendapatan tambahan.

Dalam membina satu-satu blog, tidak ada sebarang syarat atau kelulusan minimum dalam bidang tertentu; asal sahaja individu berkenaan mempunyai kemahiran untuk menulis dan menterjemah pandangan serta apa yang dirasainya, ia boleh dihasilkan.

Apabila kebebasan sebegini wujud dalam dunia Internet, sesiapa sahaja boleh boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Di negara ini, selain digunakan untuk menyuarakan pendapat peribadi, blog juga digunakan dalam politik sebagai ‘senjata’ sama ada untuk menyerang ataupun bertahan.

Sebelum Pilihan Raya Umum 2008, senjata ini digunakan dengan begitu berjaya oleh penyokong dan pemimpin pembangkang untuk menyerang Barisan Nasional (BN) sehingga berjaya mewujudkan tsunami politik. Selepas 2008, taktik itu digunakan pula oleh penyokong dan pemimpin BN untuk menyerang kembali pembangkang.

Kini timbul apa yang digelar blogger proBN dan propembangkang apabila masing-masing menggunakan blog sebagai ‘senjata’ dalam peperangan politik. Antara yang blogger politik popular hari ini, termasuk Papa Gomo, RBF, Parpukari, Rockybru, Tukar Tiub, Unspinners, Kitagempur dan ramai lagi.

Wartawan Sinar Harian RISWANDI RAZAK berpeluang menemui enam blogger yang mewakili BN dan pembangkang baru-baru ini. Namun atas sebab-sebab tertentu, identiti mereka tidak dapat didedahkan. Ikuti wawancara itu. 

Benarkah blogger mengenali antara satu sama lain kerana identiti mereka tidak didedahkan?
SHARPSHOOTER :: Ia bergantung kepada di mana tempat tinggal blogger tersebut. Sekiranya blogger tersebut tinggal di Pulau Pinang sebagai contoh, sudah pasti blogger senegeri itu lebih rapat dan kerap bertemu jika mahu dibandingkan dengan blogger yang tinggal jauh
dari Pulau Pinang.

RBF :: Ada yang rapat dan selalu berjumpa atau membincangkan isu semasa. Contohnya jika di Lembah Klang, blogger dalam satu kumpulan yang selalu berjumpa ialah, saya
sebagai Ruang Bicara Faizal (RBF), House PK, Gerakan Anti PKR, Info Corner, Papa Gomo dan beberapa orang lagi. Manakala di Pulau Pinang, mereka mempunyai kumpulan mereka tersendiri. Contohnya, Pisau, Minda Intelek Melayu, Media Permatang Pauh dan beberapa
orang lagi.

Di Perak mereka ada kumpulan sendiri pula, begitu juga di negeri-negeri lain. Sekiranya ada sebarang majlis atau forum, kebiasaan kami semua akan bertemu di majlis tersebut. Ada juga yang berhubung menerusi Internet sahaja kerana berada jauh atau tidak mahu dikenali.

Contohnya blogger Unspinners, sehingga kini saya dan rakan-rakan blogger tidak mengenali
siapa mereka, cuma kami difahamkan mereka ada empat orang dalam satu kumpulan.