jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Rabu, 26 Oktober 2011

Ziarah 21 Buah Rumah Sempena Deepavali Bersama YB Ong Chin Wen

BUKIT TENGAH - Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya). Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.


Mengikut kepercayaan Masyarakat Hindu Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.

Sempena dengan perayaan ini Jkkk Jalan Pengkalan Yang Diketuai Oleh Pn.Shafiqah Shobha bersama YB Ong Chin Wen menziarahi sebanyak 21 buah rumah masyarakat india sekitar Bukit Tengah.

YB Ong Chin Wen sangat - sangat berpuas hati kerana di beri layanan serta dihidangkan makanan yang sedap-sedap.


Beliau juga berharap tradisi kunjung - mengunjungi patut di warisi kepada generasi akan datang.













Sabtu, 8 Oktober 2011

Program Anak Emas Pulau Pinang


Kerajaan negeri PR Pulau Pinang memperuntukan RM 100 wang tunai one-off kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang. Program Anak Emas Pulau Pinang akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.
Kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 one-off urusan jenazah kepada waris warga emas dilancarkan oleh kerajaan negeri PR pada 2010 demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.
Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri PR anggap pemberian RM 100 one-off kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik. Sungguhpun pemberian one-off RM100 oleh kerajaan negeri PR adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru.
Sebanyak RM 20 juta setiap tahun telah dibelanjakan untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka. Sungguhpun program penghargaan emas ini cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, usaha sabotaj mereka gagal dengan kadar pendaftaran kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang mendaftarkan diri.
Sumber kewangan program baru Anak Emas Pulau Pinang ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan PR menjalankan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International. Program baru Anak Emas Pulau Pinang ini akan dibentangkan dalam mesyuarat EXCO Negeri Pulau Pinang pada minggu ini dan dijangkakan makan perbelanjaan di antara RM5-RM10 juta setiap tahun.

BULETIN MUTIARA


BULETIN MUTIARA, Berita Rakyat Pulau Pinang yang ulung dan unggul. Memaparkan aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, aktiviti wakil-wakil rakyat, isu-isu semasa, isu berkaitan rakyat serta turut memuatkan informasi terkini Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara bulanan.
Buletin Mutiara boleh didapati di lokasi-lokasi berikut
1.      Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
2.      Billion Shopping Centre, Butterworth
3.      Kaunter Perkhidmatan PBA Balik Pulau
4.      Kaunter Perkhidmatan PBA Bukit Mertajam
5.      Kaunter Perkhidmatan PBA Jawi
6.      Kaunter Perkhidmatan PBA Kepala Batas
7.      Kaunter Perkhidmatan PBA Perai
8.      Kaunter Perkhidmatan PBA Riffle Range
9.      Kaunter Perkhidmatan PBA Taman Selat
10.    Kaunter Perkhidmatan Perbadanan Bekalan Air (PBA) KOMTAR
11.    Majlis Perbandaran Pulau Pinang
12.    Majlis Perbandaran Seberang Perai
13.    Muzium Negeri Pulau Pinang
14.    Perpustakaan Awam Negeri
15.    Prangin Mall, Georgetown
16.    Sunshine Air Itam (Suiwah)
17.    Sunshine Farlim
18.    Sunshine Square, Bandar Bayan Baru
19.    Sunshine Taman Lip Sin, Sungai Dua
20.    Sunway Carnival Mall
21.    The Store, Plaza Bukit Mertajam

Atau boleh menghubungi Editor Buletin Mutiara, Tingkat 47, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang di talian 04-650 5550, 04-650 5375, 04-650 5181 atau melalui emel pejabatpenerangankm@gmail.com atau unitkomunikasipejabatkm@gmail.com.

Penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ke Arah Negeri yang Paling Selamat di Malaysia.

Negeri Pulau Pinang telah mencatat penurunan kadar jenayah yang paling besar di Malaysia sebanyak 27 % pada 2010 dan penurunan sebanyak 25 % untuk 6 bulan yang pertama tahun ini.
Di antara faktor yang menyebabkan penurunan kadar indeks jenayah adalah kerjasama dan sumbangan gigih daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Dato' Wira Ayub bin Yaakob, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi yang kerap mengalami jenayah dan juga kepolisan masyarakat.
Kepolisan masyarakat adalah satu syarat penting untuk menjaga keselamatan awam. Demi memastikan kadar jenayah boleh terus menurun, maka Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan menyokong penubuhan PPS untuk membantu pihak polis menjalankan rondaan.
Sokongan PPS dengan pihak polis diharap dapat mengekalkan kententeraman awam dan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri yang paling selamat di Malaysia yang sedikit sebanyak akan membolehkan Pulau Pinang terus menjadi pilihan utama pelabur dan pelancong.
Antara objektif penubuhan PPS ini adalah untuk membantu Pihak Berkuasa Keselamatan dalam menangani kegiatan atau aktiviti sosial yang negatif di sesuatu kawasan termasuk membersihkan kawasan daripada anasir dadah.
Selain daripada itu, penubuhan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu PDRM untuk mencegah dan membanteras jenayah dengan bertindak sebagai pembekal maklumat di samping menjalankan hubungan kerjasama kejiranan yang erat di kalangan anggota masyarakat tempatan.
Sehingga 14 September 2011, terdapat 40 pasukan yang keseluruhannya terdiri daripada 840 ahli. PPS ditubuhkan sebagai langkah untuk memastikan kebajikan dan keselamatan masyarakat dan rakyat negeri Pulau Pinang tidak dipinggirkan.

Perkhidmatan SMS Kerajaan Negeri Pulau Pinang Melalui mySMS @ 15888


PERKHIDMATANKOD & CONTOH
Semakan Status Pendaftaran Warga Emas
TAIP: GOVPG WARGAEMAS <NOKP BARU/LAMA>
CONTOH:
(a)GOVPG WARGAEMAS 790309075868 & SMS KE15888
 (No KP Baru)
(b)GOVPG WARGAEMAS A123456 & SMS KE 15888 (No KP Lama)
Semakan Status Cukai Tanah
TAIP: 
(1)GOVPG PTGCUKAI <NO AKAUN>
(2)GOVPG PTGCUKAI <NOHAKMILIK&NOLOT>
CONTOH: 
(a)GOVPG PTGCUKAI 89001CD111A & SMS KE 15888
(melalui No Akaun)
(b)GOVPG PTGCUKAI HSM1234LOT4321 & SMS KE15888(melalui No Hakmilik&No Lot)
Semakan Permohonan Rumah Kos Rendah
TAIP: GOVPG MRMH <NOKP >
CONTOH: GOVPG MRMH 790309075868 & SMS KE15888
Semakan Status Pinjaman Penuntut
TAIP: GOVPG SPP <NO KP >
CONTOH: GOVPG SPP 790309075868 & SMS KE 15888
Semakan Baki Pinjaman Penuntut
TAIP: GOVPG BPP <NO KP >
CONTOH: GOVPG BPP 790309075868 & SMS KE 15888
Langganan Status Pembayaran Pembekal/Kontraktor
a. Pendaftaran Langganan 
TAIP: ON GOVPG JKN <NO PEMBEKAL/SYARIKAT>
CONTOH: ON GOVPG JKN A123456 & SMS KE 15888
b. Batal Langganan
TAIP: STOP GOVPG JKN
CONTOH: STOP GOVPG JKN & SMS KE 15888