jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Ahad, 15 Januari 2012

Jkkk Jalan Pengkalan Sampaikan Hamper Sempena Tahun Baru Cina

Dewan Taman Kerjasama Bukit Tengah, 15 Jan 2012 :- Bantuan kepada Masyarakat Kaum Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun di sumbangkan oleh ADUN Bukit Tengah YB Ong Chin Wen.

JKKK Jalan Pengkalan diperuntukankan sebanyak 50 hamper untuk diagihkan kepada yang berkelayakan, ADUN Bukit Tengah YB Ong Chin Wen di jemput untuk menyampaikan hamper tersebut.
Majlis seumpama ini merupakan Tradisi seluruh Jkkk dalam KADUN Bukit Tengah pada setiap tahun.

Menurut Pengerusi Jkkk Jalan Pengkalan - Beliau Sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada YB,
Ahlijawatankuasa serta semua penerima bantuan kerana hadir pada hari ini.Beliau beranggapan
sambutan dan penerimaan kaum cina atas sumbangan tersebut sangat memberangsangkan.

Setiausaha Jkkk Jalan Pengkalan Pn Shafiqah Shobha berkata , Sumbangan di bahagikan kepada 5 zon iaitu Jalan Pengkalan,Permatang Batu,Kampung Dock,Kampung Kebun Nenas dan Jalan Pengkalan.

YB Ong Chin Wen Memberi Ucapan

Pengerusi Jkkk Jalan Pengkalan En. Ahmad Hussin (pkt)

Setiausaha serta Ahlijawatankuasa Mengambil Kedatangan 

Majlis di pengerusikan oleh Setiausaha Jkkk Jalan Pengkalan Pn Shafiqah Shobha

YB Ong Chin Wen Menyampaikan Bantuan Kepada Penerima

Bergambar Kenang-kenangan Bersama YB

Jumaat, 6 Januari 2012

Ziarah Balu Kepada Jkkk Muthukumar

BUKIT TENGAH :  Jkkk Jalan Pengkalan meluangkan masa melawat balu kepada mendiang Jkkk Muthukumar yang telah meninggal dunia pada 24 Disember 2011 akibat kemalangan jalan raya di kediamannya di Taman Pelangi,Pada petang  31 DISEMBER 2011.

Dalam lawatan kira-kira satu jam itu, Pengerusi Jkkk Jalan Pengkalan En. Ahmad Hussin sempat bertanyakan khabar kepada Balu mendiang Jkkk Muthukumar dan dua anaknya,selain menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 kepada beliau.
Balu Mendiang ketika ditemui selepas itu mengucapkan terima kasih kepada En.Ahmad Hussin , Setiausaha Shafiqah Shobha serta seluruh Ajk kerana sudi datang ke rumahnya,