“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim
Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.
Dalam kesibukan seharian jkkk jalan pengkalan untuk 3 tahun berturut-turut menganjurkan Sahur bersama penduduk kampung tok panjang.Turut serta menjayakan Majlis ini Timbalan Ketua Menteri 1 Yb Tuan Hj Rashid dan Adun Kawasan Bukit Tengah YB Ong Chin Wen.Kehadiran Hampir 200 org.
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik-baik bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar-benar mengubah sikap yang baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.