jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Jumaat, 26 Ogos 2011

Sumbangan ringankan beban

Kampung Tok Panjang : Nasib , warga emas, ibu tunggal serta orang kurang berkemampuan sekitar Kawasan Pengurusan JKKK Jalan Pengkalan, dekat sini, mendapat perhatian PUZ & Pusat Khidmat KADUN Bukit Tengah, di sini, semalam.
Majlis bantuan serta berbuka puasa ini dianjurkan bertujuan meraikan mereka yang kurang berkemampuan.Turut menyampaikan sumbangan ialah ADUN Bukit Tengah,YB Ong Chin Wen,Pengerusi Surau Kampung Tok Panjang,Tuan Hj Mohd Rodhi Abd Razak, sambil disaksikan Encik Ahmad Hussin,Pengerusi JKKK Jalan Pengkalan.
Dalam ucapan YB Ong, Beliau menyifatkan bantuan berkenaan bagi meringankan beban golongan itu membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.


“Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan penerima. Apa yang penting, kita perlu mengambil iktibar nasib orang lain yang lebih miskin dan kebuluran di negara lain. Kita seharusnya bersyukur tidak mengalami nasib sedemikian,” katanya.


Salah seorang penerima, Che Amah Bt Daud, 75, Seorang Warga Emas, menganggap Bantuan ini sebagai rezeki untuknya menyambut Aidilfitri pada tahun ini.


Majlis ini yang di anjurkan oleh JKKK Jalan Pengkalan berharap,program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.


Seluruh Jawatankuasa JKKK Jalan Pengkalan mengambil kesempatan Memohon Ampun dan Maaf jika ada kesalahan selama ini serta Mengucapkan ''SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN''










Khamis, 25 Ogos 2011

Jamuan Moreh & Sumbangan Kepada Penduduk Kg Jawa

Sudah sampai ke penghujung Ramadhan yang penuh rahmah, barakah dan magfirah. Tawaran dan peluang yang Allah SWT tawarkan hampir tamat tempohnya. Alhamdulillah bagi sesiapa yang telah dapat melaksanakan tawaran-tawaran hebat dari ALLAH S.W.T. 

Sepanjang bulan ini kita dianjurkan memanjatkan sebanyak-banyak doa dan memohon pengampunan dariNya, membaca dan memahami Al-Quran sebaik dan sebanyak yang boleh, bersedekah, bersolat tarawih, menghadiri majlis ilmu dan berbagai lagi perbuatan mulia yang pasti akan mendapat ganjaran berlipat ganda. Pahala di bulan Ramadan tidak sama pahala di bulan lain seperti Syawal. 

Sempena Ramadhan yang mulia ini,Jkkk Jalan Pengkalan Bersama Yb Ong Chin Wen mengadakan Jamuan Moreh serta memberi sumbangan kepada penduduk Kg Jawa.Sambutan yang menggalakan pada program ini sememangnya di luar jangkaan pihak Jkkk.Di masa yang sama YB Ong Chin Wen menzirahi Isteri kepada En.Saad Chek Din yang sakit dan menghulurkan bantuan berupa wang untuk kegunaan pada Hari Raya nanti.

Apa yang pasti, pahala mengadakan moreh itu tidak kita perolehi jika peluang ini tidak direbut. Kalau kita boleh mengadakan rumah terbuka pada hari raya dengan meriah dan hebat kenapa kita tidak cuba mengambil peluang walau satu malam sahaja dengan gandaan pahala yang juga hebat... Adakan moreh ketika berbuka puasa dan majlis tahlil didahulukan sebelumnya... nampak cara ini agak berkesan di kampung Jawa. 












Ahad, 21 Ogos 2011

Program Sahur Bersama Penduduk Kampong Tok Panjang

Bukit Tengah,JKKK Jalan Pengkalan Sekali lagi berjaya menganjurkan program jamuan Sahur untuk Penduduk Kampung Tok Panjang.
Majlis Sahur kali ini di adakan berhadapan perkarangan rumah encik Said B. Hj Ismail Bendahari JKKK Jalan Pengkalan
Majlis Jamuan Sahur ini disediakan dan di usahakan sendiri oleh seluruh pemuda-pemuda Kampung Tok Panjang bersama JKKK Jalan Pengkalan.Program bermula dari jam 10.30mlm dengan menyediakan ramuan hinggalah kepada memasak lauk pauk.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Ong Chin Wen ADUN Bukit  Tengah.
Seramai 180 orang berjaya dikumpulkan.
Majlis bermula Jam 4 pagi yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Hussin.
YB Ong Chin Wen amat berpuas hati dengan sambutan dan memuji semangat pemuda kampung tok panjang dengan pencapaian pada program ini.Beliau berharap suasana dan semangat seperti ini dapat di kekalkan.Beliau juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau komen bejumpa sendiri dengan beliau.
Bacaan DOA di sempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Rodzi (IMAM Surau Kg Tok Panjang)
Majlis berakhir Jam 5.30 pagi.
JKKK Jalan Pengkalan berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program jamuan Sahur ini.










Ahad, 7 Ogos 2011

Jamuan Sahur bersama YB dan Penduduk Flat Taman Bayu Mutiara

Dalam menikmati kesyahduan bulan Ramadhan, Seluruh umat Islam di dunia tentunya mengharapkan Pahala berlipat kali ganda, ceria dan penuh makna di bulan yang mulia ini.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.
Kesempatan Dalam Bulan yang penuh ketakwaan ini JKKK Jalan Pengkalan dan Seluruh Jawatankuasa Flat Taman Bayu Mutiara Mengadakan Jamuan Sahur yang Julung - Julung Kalinya di anjurkan di dalam kawasan DUN Bukit Tengah.

Seramai 100 0rang berjaya di kumpulkan untuk sama-sama memeriahkan Jamuan Sahur ini.

Turut berlansung - YB Ong Chin Wen Menyampaikan Peralatan Memasak Kepada Surau An'Nur Taman Bayu Mutiara.

Selaras dengan konsep kemasyarakatan, beberapa program seperti ini akan di atur oleh JKKK Jalan Pengkalan untuk memeriahkan bulan Ramadhan ini.