jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Rabu, 11 Mei 2011

Rumah musnah dalam kebakaran di jalan pengkalan,Bukit Tengah


11 MAY 2011 , JALAN PENGKALAN : Sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga di Jalan pengkalan Bukit Tengah , di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. Kebakaran tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 1.00 pagi
Menurut Ahli Balai Bomba Prai ketika berbincang bersama setiausaha jkkk jalan pengkalan berkata, pihak bomba telah menerima panggilan tentang kejadian tersebut.
“Sebaik sahaja menerima panggilan, kami bersama anggota dan sebuah jentera pemadam telah bergegas ke lokasi kejadian.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami dapati rumah terbabit telah musnah pada kadar 90 peratus dan kebakaran cepat merebak kerana struktur rumah terbabit secara keseluruhannya diperbuat daripada kayu.
“Terdapat Empat orang yang mendiami rumah terbabit mengikut laporan yang telah kami terima dan punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa masih lagi dalam siasatan pihak bomba,” kata setiausaha jkkk jalan pengkalan Pn. Shafiqah Shobha.
Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Prai turut dibantu oleh  Ahli Jkkk Jalan pengkalan dan Anggota bomba sukarela bersama 8 buah jentera yang lain.Angota Bomba serta Bomba Sukarela berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah lain.
Turut bergegas hadir menghulurkan bantuan ADUN Bukit Tengah YB Ong Chin Wen.YB hadir jam 2.00pagi.
Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 1.30pagi.
Kira-kira jam 6 petang tadi Pengerusi Jkkk Jalan Pengkalan En.Ahmad Husin bersama Penghulu Fuad daripada Pejabat Daerah Hadir mengambil keterangan mangsa-mangsa yang terlibat.



















Pihak Jkkk Jalan Pengkalan Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Yang  Membantu dari Pagi Hingga Petang Tadi.