jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Isnin, 23 Mei 2011

Majlis Jamuan Makan Malam & suntikan Semangat JKKK Kadun Bukit Tengah

BUKIT TENGAH-Majlis Jamuan Makan Malam & suntikan Semangat Anjuran JKKK Jalan Pengkalan berlangsung pada 22 May 2011 mulai jam 8.00 malam di dewan Taman Bayu Mutiara Bukit Tengah. 


Program yang menghimpunkan semua 7 JKKK Kadun Bukit Tengah bertujuan semata-mata untuk memberi penghargaan kepada semua Ahli JKKK seluruh Bukit Tengah yang banyak berjasa di samping membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan pertolongan.


Majlis ini dihadiri oleh Ybhg. YB Dato' Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang,YB Ong Chin Wen(ADUN Bukit Tengah)Sdr.Badrul Hisham(Chegubad)Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Bukit Tengah serta seluruh 7 JKKK DUN Bukit Tengah.


Suasana di dewan  yang dipenuhi dengan tetamu dari kalangan Ahli JKKK sangat meriah, mesra dan penuh silatur rahim. Kelihatan  ramai di antara ahli bersalam dan berpelukan sambil bertanya khabar dan bergambar bersama Ybhg. YB Dato' Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang dan YB Ong Chin Wen.


JKKK Jalan Pengkalan berharap semoga hubungan ukhuwah seperti ini sentiasa diteruskan pada masa-masa akan datang….