jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Khamis, 25 Ogos 2011

Jamuan Moreh & Sumbangan Kepada Penduduk Kg Jawa

Sudah sampai ke penghujung Ramadhan yang penuh rahmah, barakah dan magfirah. Tawaran dan peluang yang Allah SWT tawarkan hampir tamat tempohnya. Alhamdulillah bagi sesiapa yang telah dapat melaksanakan tawaran-tawaran hebat dari ALLAH S.W.T. 

Sepanjang bulan ini kita dianjurkan memanjatkan sebanyak-banyak doa dan memohon pengampunan dariNya, membaca dan memahami Al-Quran sebaik dan sebanyak yang boleh, bersedekah, bersolat tarawih, menghadiri majlis ilmu dan berbagai lagi perbuatan mulia yang pasti akan mendapat ganjaran berlipat ganda. Pahala di bulan Ramadan tidak sama pahala di bulan lain seperti Syawal. 

Sempena Ramadhan yang mulia ini,Jkkk Jalan Pengkalan Bersama Yb Ong Chin Wen mengadakan Jamuan Moreh serta memberi sumbangan kepada penduduk Kg Jawa.Sambutan yang menggalakan pada program ini sememangnya di luar jangkaan pihak Jkkk.Di masa yang sama YB Ong Chin Wen menzirahi Isteri kepada En.Saad Chek Din yang sakit dan menghulurkan bantuan berupa wang untuk kegunaan pada Hari Raya nanti.

Apa yang pasti, pahala mengadakan moreh itu tidak kita perolehi jika peluang ini tidak direbut. Kalau kita boleh mengadakan rumah terbuka pada hari raya dengan meriah dan hebat kenapa kita tidak cuba mengambil peluang walau satu malam sahaja dengan gandaan pahala yang juga hebat... Adakan moreh ketika berbuka puasa dan majlis tahlil didahulukan sebelumnya... nampak cara ini agak berkesan di kampung Jawa.