jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Jumaat, 26 Ogos 2011

Sumbangan ringankan beban

Kampung Tok Panjang : Nasib , warga emas, ibu tunggal serta orang kurang berkemampuan sekitar Kawasan Pengurusan JKKK Jalan Pengkalan, dekat sini, mendapat perhatian PUZ & Pusat Khidmat KADUN Bukit Tengah, di sini, semalam.
Majlis bantuan serta berbuka puasa ini dianjurkan bertujuan meraikan mereka yang kurang berkemampuan.Turut menyampaikan sumbangan ialah ADUN Bukit Tengah,YB Ong Chin Wen,Pengerusi Surau Kampung Tok Panjang,Tuan Hj Mohd Rodhi Abd Razak, sambil disaksikan Encik Ahmad Hussin,Pengerusi JKKK Jalan Pengkalan.
Dalam ucapan YB Ong, Beliau menyifatkan bantuan berkenaan bagi meringankan beban golongan itu membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.


“Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan penerima. Apa yang penting, kita perlu mengambil iktibar nasib orang lain yang lebih miskin dan kebuluran di negara lain. Kita seharusnya bersyukur tidak mengalami nasib sedemikian,” katanya.


Salah seorang penerima, Che Amah Bt Daud, 75, Seorang Warga Emas, menganggap Bantuan ini sebagai rezeki untuknya menyambut Aidilfitri pada tahun ini.


Majlis ini yang di anjurkan oleh JKKK Jalan Pengkalan berharap,program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.


Seluruh Jawatankuasa JKKK Jalan Pengkalan mengambil kesempatan Memohon Ampun dan Maaf jika ada kesalahan selama ini serta Mengucapkan ''SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN''