jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Rabu, 22 Jun 2011

Memupuk Harapan Negara

22 JUN 2011,JKKK Jalan Pengkalan hari ini memberi sumbangan sebiji bola sepak kepada Pemuda dan Remaja Kampung Tok Panjang.

Pengerusinya, Encik Ahmad Husin berkata, sumbangan tersebut bagi menghargai peranan remaja dan pemuda yang selama ini membantu serta menyokong  JKKK Jalan Pengkalan menjalankan tugas.

“Sumbangan bola sepak ini diharap dapat memberi semangat kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seterusnya menjaga nama baik kampung Tok Panjang,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Setiausaha JKKK Jalan Pengkalan Pn.Shafiqah Shobha berkata, beliau bangga dengan Pemuda dan Remaja kampung Tok Panjang yang sentiasa menyokong setiap program yang di anjurkan oleh pihak JKKK.

Justeru itu, katanya, beliau berharap Pemuda dan Remaja dapat bergaul secara sihat seterusnya mendapat pengalaman yang berguna sepanjang hidup mereka sekali gus menyumbang kepada masyarakat setempat.

Selain itu, katanya, beliau mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada badan korporat yang sudi membantu bagi memastikan Program yang berterusan kepada Pemuda dan Remaja sekitar Bukit Tengah khususnya agar mereka tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah di masa-masa akan datang.