jkkk jln pgkln 2013-2014

jkkk jln pgkln 2013-2014

Jkkk jalan pengkalan slide show

Your Slideshow Title Slideshow: Shafiqah’s trip from Pinang, Malaysia to Bukit Mertajam (near Butterworth) was created by TripAdvisor. See another Butterworth slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

JKKK Movie 2012

Khamis, 23 Jun 2011

Perhimpunan Bersih bersyarat

 SHAH ALAM – Perhimpunan aman membantah ketidakadilan dalam politik negara tidak bercanggah dengan lunas Islam, dengan syarat, ia dijalankan secara aman, tidak diprovokasi untuk mencetuskan kekacauan. 

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sesuatu tindakan dalam uru-san kehidupan khususnya golongan Islam diukur berdasarkan tujuan dan cara. 

“Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik, itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. 

“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Beliau mendapati, tujuan himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 yang menuntut hak sepatutnya diperoleh rakyat sebagaimana dijanjikan perlembagaan tidak bercanggah dengan nilai Islam. 

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. 

“Saya tidak mempertikaikan Bersih di sudut objektifnya. Cuma bimbang, terdapat parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya. 

Beliau berkata, dalam konteks politik semalam, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik dan terbukti berkesan di kebanyakan negara. 

“Bagaimanapun, sekiranya demonstrasi itu terdedah kepada bahaya, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. 

“Saya difahamkan, perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dilaksanakan, jadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah menunaikan tuntutan itu untuk mengelak rakyat memilih jalan yang memberi kerosakan kepada negara,” katanya.